Zahid Hamidi

‘Benarkah UMNO Sudah Hilang Keramat dan Tidak Releven Lagi?’

Oleh: Rokaid Chik

KUALA LUMPUR – Ramai membuat tanggapan khususnya generasi muda, bahawa parti UMNO tidak lagi releven dalam zaman melanium ini.

Jika benar, apakah hujah yang mengatakan parti itu sudah hilang arah dan tidak lagi diperlukan oleh generasi kini serta tinggalan generasi tua mahu pun separuh tua?

Hakikat sebenarnya adalah datang dari serangan sentimen kebencian ahli dan pemimpin musuh politik UMNO yang bimbang dengan kemunculan gelombang besar parti itu dalam arus persaingan politik sekarang ini.

Cuma, bukan UMNO yang tidak releven, tetapi pemimpinnya sahaja yang dikatakan terpalit dengan pelbagai masalah dan masih lagi dengan stail atau gaya kepemimpinan lama, iaitu sombong dan tidak mahu melihat diri sendiri di cermin.

Tambahan pula masih ada lagi spesies ‘musang berbulu ayam’ di dalam parti itu.

Sehubungan itu, pemimpinnya perlu bersedia berubah kerana itu sahaja usaha pengukuhan dan perpaduan parti dengan buang yang keruh ambil yang jernih.

Tarik kembali pemimpin parti itu yang terbuang sebelum ini.

Jika Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sudi dan belum bersedia menarik kembali para pemimpin sebelum ini yang terbuang, mana mungkin mampu menarik sokongan pengundi di atas pagar yang tidak berparti, apatah lagi untuk menarik sokongan ahli musuh parti itu.

Lagi pun, jika UMNO tidak bersedia keluar dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), yang mana dianggotai DAP parti musuh bangsa dan PKR dengan berhadapan 1001 masalah adalah terlalu sukar UMNO bersama komponen BN untuk memenangi PRU16 dan berkemungkinan besar sekali lagi ditolak rakyat.

Parti keramat ini tetap diperlukan bangsa dan umat Islam menerajui semula negara ini.

Namun, usaha dan kesungguhan perlu dilakukan dari sekarang ketika masa masih ada dan belum terlambat.

UMNO kena kembali semula ke pangkal dan mengatur semula langkah baharu bergerak sederak serapat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *