Sentuhan USIM Holdings pikat IPTA seluruh negara

Oleh Rudy Sham Abdul Raof

NILAI – Penjenamaan USIM Holdings Sdn Bhd sememangnya tidak bernoktah di dalam kerangka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sahaja sebagai pemilik tulen syarikat ini.

Malah, syarikat itu terus menerima panggilan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga universiti awam lain.

Terbaru, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapatkan khidmat USIM Holdings untuk menyediakan penginapan selama empat hari tiga malam kepada seramai 260 pelajar mereka yang hadir memeriahkan Festival of Ideas di Putrajaya yang berlangsung minggu lepas.

Suasana keseronokan terpampang di wajah pelajar menginap di Pangsapuri Youth City yang tersergam indah di Bandar Nilai berhampiran USIM.

Rata-rata pelajar memuji keindahan bangunan Youth City dan mereka menyatakan akan menginap di sini lagi sekiranya program pelajar diadakan di sekitar Lembah Klang pada masa depan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *