Murid terjatuh lubang kumbahan: Kes diklasifikasikan NFA – Alzafny

SEREMBAN – Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang murid maut selepas terjatuh dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, pada 27 September lalu dengan kes diklasfikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) setakat ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan terperinci mendapati insiden itu merupakan kemalangan dan tiada unsur jenayah atau penglibatan mana-mana pihak dikesan.

“Sebelum ini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Siasatan kemudian diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum ia dikategorikan sebagai NFA.

“Daripada siasatan, kami berpuas hati bahawa kes itu adalah satu kemalangan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada 27 September laluseorang murid Tahun Tiga dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *