Malaysia iltizam pastikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berjalan lancar – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Malaysia beriltizam memastikan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini hingga Selasa berjalan dengan lancar dan mencapai hasil yang bermakna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sidang kemuncak berkenaan penting bagi memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau serta menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan dan kemakmuran.

“Mohon titipan doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah-Nya, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Anwar menghadiri pramesyuarat sebagai persiapan terakhir menjelang sidang kemuncak berkenaan di bawah kepengerusian Malaysia, malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, menjadi antara perhimpunan terbesar dalam sejarah blok itu.

Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang tampuk Kepengerusian ASEAN sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967.

Malaysia sebelum ini mempengerusikan ASEAN pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *