Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Silicon Valley

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita negara S Sivasangari mara ke pusingan suku akhir kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan wakil Mesir, Kenzy Ayman hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di SquashZone, pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan dengan masalah untuk menang straight set 11-4, 11-9, 11-8 dalam tempoh 23 minit.

Sivasangari dijadualkan bertemu wakil tuan tumah Amanda Sobhy bagi memburu slot ke separuh akhir.

Terdahulu, Amanda mara selepas menidakkan cabaran wakil Mesir Nour Aboullmakarim 11-4,11-4, 11-3 dalam tempoh 21 minit.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, kempen Rachel Arnold berakhir selepas tewas 11-6, 4-11, 11-9, 8-11, 9-11 dalam perlawanan menentang pilihan keempat kejohanan, Georgina Kennedy dari England. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *