Angka korban gempa bumi di Filipina meningkat kepada 47

MANILA – Anggota pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat daripada runtuhan gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang melanda tengah Filipina pada 30 September lalu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 74.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC), melaporkan seramai 559 mangsa mengalami kecederaan dalam gempa bumi yang berlaku di luar pesisir sedalam lima kilometer yang melanda wilayah Cebu.

Gegaran itu menjejaskan lebih 189,000 keluarga atau kira-kira 666,000 penduduk kampung dan menyebabkan kerosakan meluas kepada infrastruktur, rumah dan perniagaan.

Institut -ulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) terus merekodkan gegaran susulan, memaksa orang ramai tinggal di sepanjang jalan dan di kawasan lapang dalam khemah sementara kerana kebimbangan keselamatan.

Menurut PHIVOLCS, lebih 9,000 gegaran susulan direkodkan di wilayah Cebu, Filipina sejak gempa bumi kuat melanda wilayah itu minggu lalu.

Setakat ini, sebanyak 500 mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian gempa bumi paling kuat menimpa rantau berkenaan dalam tempoh lebih sedekad.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *