Sultan Selangor Ambil Maklum Kenyataan Ambrin Berhubung Isu Pembangunan Kg. Sungai Baru

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum serta meneliti kenyataan media oleh Mantan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Tan Sri Ambrin Buang, berkenaan isu pembangunan semula di Kampung Sungai Baru.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Ambrin yang juga Ahli Dewan di-Raja Selangor serta anak jati Kampung Bharu pernah berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara.

Kenyataan itu turut menyertakan kenyataan rasminya bertarikh 1 Oktober 2025, yang menggesa Kerajaan Persekutuan mewartakan semula tanah di kawasan berkenaan sebagai Malay Agricultural Settlement (MAS), selaras dengan tujuan asal penempatan orang Melayu di kawasan tersebut.

“Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan membetulkan semula keadaan dengan mewartakan tanah ini sebagai Malay Agricultural Settlement bagi memastikan ia kekal sebagai kawasan penempatan orang Melayu mengikut keadaan semasa,” jelas beliau.

Katanya, memandangkan kedudukan tanah tersebut yang strategik dan bernilai tinggi, sebarang pembangunan yang membenarkan penjualan terbuka kepada bukan Melayu akan menyukarkan orang Melayu untuk memiliki semula hartanah di kawasan itu.

“Oleh itu, pada pendapat saya, hasrat asal Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa untuk mengekalkan kawasan ini sebagai penempatan orang Melayu perlu diteruskan,” katanya.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin pernah menitahkan agar pembangunan di Kampung Baru dijalankan secara teliti dan berhemah dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu.

Baginda tidak menolak pembangunan di kawasan berkenaan, namun menegaskan bahawa syarat-syarat yang ditetapkan perlu jelas dan berpihak kepada orang Melayu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *