Tiada kerjasama PRN, Warisan hanya ‘bergabung dengan rakyat’, kata Shafie

PETALING JAYA -Warisan tidak akan bergabung dengan mana-mana parti pada PRN Sabah ke-17, tegas Shafie Apdal, sekali gus menolak spekulasi kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Presiden Warisan itu berkata partinya akan bertanding di semua 73 kerusi DUN, dan ketetapan itu sudah dibuat dua kali dalam mesyuarat majlis tertinggi parti.

“Kita telah menyatakan pendirian Warisan ialah kita bergabung dengan rakyat dan akan meletak (calon) di 73 kerusi seluruh Sabah.

“Kenapa pula ada bunyi-bunyi gabungan dengan mana-mana pihak? Kita sudah umumkan dua kali dalam mesyuarat majlis tertinggi,” katanya pada satu majlis di Pitas, Sabah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kenyataan itu menyusuli laporan memetik Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata partinya tidak menolak kerjasama dengan semua parti termasuk Warisan, kecuali Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada PRN Sabah.

Dalam pada itu, Shafie berkata Warisan fokus memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah, khususnya dalam menyediakan keperluan asas yang mendesak ketika ini.

“Saya ulang, kita tidak ada gabungan dengan mana-mana parti. Kita bergabung dengan rakyat dalam pembelaan rakyat pada kali ini,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *