PAS Tolak RUU Pembaharuan Bandar โ€“ Isyarat Politik, Cerminan Kebimbangan Rakyat

Dari Meja Editorial

PENOLAKAN sebulat suara PAS terhadap Rang Undang-Undang Akta Pembaharuan Bandar (PSB) dalam Muktamar Tahunan Kali ke-71, bukan sekadar keputusan teknikal mengenai pembangunan bandar.

Ia sarat dengan mesej politik dan sosial yang lebih luas, mengenai hak pemilikan, kesejahteraan komuniti bandar dan percaturan kuasa antara kerajaan pusat dengan parti pembangkang terbesar negara itu.

Isu tanah dan kediaman kekal sebagai topik paling dekat dengan hati rakyat, khususnya di bandar lama dan kampung tradisi Melayu.

๐Ÿ“ž Heda: +6014-808 8897 | ๐Ÿ’ฌ Iqi: +6010-924 2335

Cadangan RUU PSB yang memberi kuasa lebih besar kepada kerajaan atau pemaju untuk mempercepat pembangunan semula kawasan uzur menimbulkan ketakutan bahawa penduduk akan dipinggirkan atau diusir.

PAS bijak memanfaatkan keresahan ini. Dengan mengangkat hujah bahawa PSB berpotensi โ€œmenggadaikan hak rakyat kepada pemajuโ€, parti itu menonjolkan diri sebagai pembela hak pemilikan, iaitu suatu naratif yang mudah diterima bukan sahaja di kalangan penyokong tradisi PAS, malah penduduk bandar yang pelbagai latar politik.

Di bawah pentadbiran Madani, kerajaan pusat berusaha memacu transformasi bandar demi menarik pelaburan dan memperbaiki infrastruktur. Namun, pendekatan yang dianggap terburu-buru boleh menjadi liabiliti.

Penolakan PAS memberi tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan atau meneliti semula RUU tersebut. Jika kerajaan terus berkeras, ia berisiko dilihat sebagai mengutamakan pemaju berbanding rakyat.

๐Ÿ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | ๐Ÿ’ฌ WhatsApp Tempahan
๐Ÿ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jika ditangguh, ia menandakan kejayaan politik PAS menundukkan agenda besar kerajaan. Dalam kedua-dua senario, PAS menang dari segi persepsi.

PAS secara tradisinya kuat di kawasan luar bandar, tetapi keputusan menentang RUU PSB memberi peluang mendekati pengundi bandar yang semakin resah dengan kos sara hidup dan isu perumahan.

Ia mengisyaratkan kesediaan PAS untuk memposisikan diri sebagai suara urban, suatu strategi penting menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dengan populasi bandar yang kian meningkat, keupayaan PAS memainkan peranan sebagai โ€œpembela perumahan bandarโ€ boleh mengikis label bahawa parti itu hanya relevan di kawasan pedalaman.

Kerajaan sebenarnya berdepan dilema klasik, memodenkan bandar untuk keperluan masa depan atau mempertahankan status quo demi melindungi komuniti lama.

Pembangunan semula kawasan lama memerlukan kelulusan yang rumit, dan PSB dilihat sebagai jalan pintas undang-undang.

Namun, tanpa pelan pampasan jelas dan mekanisme rundingan yang telus, sebarang undang-undang baharu mudah dituduh sebagai memberi kelebihan kepada pemaju berbanding penduduk. Ini ruang serangan politik yang sedang dimanfaatkan PAS.

Justeru, penolakan itu adalah peringatan keras bahawa pembangunan bandar bukan sekadar soal fizikal atau ekonomi, ia menyentuh akar kepemilikan dan identiti komuniti.

Jika kerajaan ingin meneruskan agenda ini, ia memerlukan proses konsultasi yang jauh lebih inklusif, melibatkan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), NGO dan terutama sekali penduduk.

Tanpa itu, RUU PSB akan terus menjadi senjata politik yang menguntungkan pembangkang dan menghakis keyakinan rakyat terhadap niat kerajaan.

Dalam konteks ini, muktamar PAS bukan sahaja menolak sebuah rang undang-undang, tetapi menghantar mesej bahawa hak rakyat ke atas tanah dan tempat tinggal adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *