Protes Kampung Sungai Baru: OCPD Dang Wangi Cedera, PM Gesa Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera ketika mengawal protes penduduk di Kampung Sungai Baru di sini, yang membantah pengusiran untuk projek pembangunan di kawasan itu.

Dalam kejadian itu, suasana tegang tercetus apabila sekumpulan peserta demonstrasi bertindak agresif ketika pihak berkuasa cuba mengawal keadaan.

Polis mengesahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan segera.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati terhadap insiden tersebut dan menegaskan undang-undang mesti ditegakkan tanpa mengira pihak.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mencederakan anggota penguat kuasa. Saya mengarahkan pihak polis mengambil tindakan tegas dan menahan mereka yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar menghormati proses undang-undang dalam menyuarakan bantahan, sambil menekankan hak untuk berhimpun secara aman tidak memberi ruang kepada kekerasan.

Polis Kuala Lumpur kemudian memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *