Gempa bumi dikesan di kawasan gunung berapi berhampiran Naples, Itali

ROM – Gempa bumi dengan magnitud 4.0 melanda berhampiran Bandar Naples di selatan Itali pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut pihak berkuasa, tiada laporan awal mengenai kerosakan atau korban susulan gempa bumi itu.

Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan (INGV) memaklumkan gegaran utama direkodkan sekitar 4.55 pagi (0255 GMT).

Gempa bumi itu didahului beberapa gegaran kecil dengan kira-kira 40 gempa bumi susulan direkodkan, menurut agensi berita ANSA.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pusat gempa dikesan di Kawasan Gunung Berapi Phlegrean Fields, terletak di barat bandar itu dalam Wilayah Campania.

Wilayah berkenaan telah dilanda banyak gegaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk gempa bumi bermagnitud 4.6 pada Jun lepas.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kuning dan menyeru penduduk supaya lebih berwaspada.

Phlegrean Fields merupakan sebuah “supervolcano”, istilah yang merujuk kepada gunung berapi dengan ruang magma yang besar dan berpotensi meletus dengan dahsyat. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *