Zizi Kirana, Ardell Aryana sanggup tinggal kerjaya demi Gaza

Laporan Affan Rostam BH

KUALA LUMPUR: Dua selebriti terkenal, Zizi Kirana dan Ardell Aryana, antara yang menggalas amanah besar apabila menyertai Misi Global Sumud Flotilla iaitu suatu usaha bersejarah menghimpunkan rakyat dunia bagi memecahkan sekatan haram rejim Israel terhadap Gaza.

Kedua-duanya berlepas bersama delegasi pertama Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu menuju ke Sepanyol sebelum memulakan pelayaran ke Gaza, semalam.

Menerusi video di Instagram Story (IGs), Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, memohon doa rakyat Malaysia agar perjalanan berisiko itu dipermudahkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Assalamualaikum, doakan perjalanan kami semua berjalan lancar. Semoga kami dapat sampaikan bantuan ke Gaza. Doakan kerana itu paling penting,” kata Zizi.

Berita Harian melaporkan, dalam hantaran berbeza, Zizi turut berkongsi foto menggenggam erat tangan suami, Yusuf Bahrin sambil memanjatkan doa agar ikatan kasih mereka terus diberkati.

“Semoga genggaman ini sampai ke syurga Allah,” tulisnya ringkas.

Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Musa Nuwayri yang juga antara wakil NGO terbabit memaklumkan Zizi dan Ardell adalah antara artis terawal menyatakan kesediaan menyertai misi ini.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, kedua-duanya sanggup mengetepikan kepentingan peribadi termasuk membatalkan persembahan dan tawaran lakonan yang dijadualkan lebih awal.

“Zizi membatalkan sebuah konsert besar di Sibu, Sarawak pada malam merdeka dengan bayaran lumayan.

“Ardell pula sanggup membatalkan jemputan ‘talk’ di Terengganu serta tawaran lakonan yang sudah lama dinantikan. Malah, beliau rela memulangkan deposit semata-mata untuk memberi sepenuh jiwa raga bersama misi ini,” katanya menerusi entri di Instagram.

Khamis lalu, delegasi pertama Malaysia yang terdiri daripada aktivis, pengamal media, pempengaruh serta artis tempatan berlepas menyertai Misi Global Sumud Flotilla sebagai usaha membawa suara rakyat tempatan ke pentas dunia.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *