KUALA LUMPUR – Dua Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia digantung tugas berikutan mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan rakyat.
Mereka ialah Ahmad Sahroni dan Nafa Urbach digantung tugas berkuat kuasa esok, demikian diumumkan Setiausaha Agung Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Parti Nasdem, Hermawi F. Taslim.
Katanya, parti itu membuat keputusan sedemikian kerana kenyataan kedua mereka telah menyinggung perasaan rakyat sehingga menegangkan suasana rusuhan yang berlarutan hampir seminggu.
“Kenyataan mereka jauh menyimpang daripada perjuangan parti dan menggagalkan usaha parti untuk menyampaikan aspirasi rakyat.
“Kita tidak boleh menerima kenyataan daripada wakil rakyat, khususnya Ahli DPR RI daripada Fraksi Parti NasDem, yang menyinggung perasaan rakyat.
“Berdasarkan pertimbangan terhadap perkara di atas, DPP Parti NasDem dengan ini menyatakan bermula Isnin, 1 September 2025, tugas saudara Ahmad Sahroni dan Nafa Urbach sebagai Ahli DPR RI digantung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kontroversi melibatkan kedua mereka tercetus susulan isu elaun perumahan untuk anggota DPR yang membangkitkan kritikan masyarakat sehingga berlaku desakan agar badan legislatif itu dibubarkan.
Ahmad Sahroni sebelum ini menyifatkan desakan membubarkan DPR sebagai pendirian yang salah, malah menyebut pandangan itu sebagai mentaliti orang bodoh.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Naib Pengerusi Komisi III, telah dipindahkan ke Komisi I, dua hari lalu.
Sementara itu, Nafa Urbach turut menerima kecaman selepas tular sebuah video yang memaparkan beliau menyatakan sokongan terhadap elaun perumahan DPR.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
