Poster tular guna gambar propaganda tentera China, guru dikenakan tindakan tatatertib

Fadhlina ambil serius kes buli murid di Johor, mahu siasatan disegerakan

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan mengambil serius kejadian buli melibatkan seorang murid yang berlaku di sebuah sekolah di Johor seperti dilaporkan media.

Menterinya, Fadhlina Sidek menegaskan, siasatan kes itu perlu disegerakan dengan tindakan segera sewajarnya dapat diambil.

“Tiada kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan.

“Ia mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasar kepada garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Menurut beliau, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah menziarahi murid terlibat yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, siasatan sedang berjalan dan berdoakan semoga murid terbabit diberi kesembuhan segera.

Semalam, ibu kepada murid lelaki berusia 10 tahun itu mendakwa, anaknya yang menghidap kanser hidung, kini menderita akibat gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama Februari lalu.

Ibu itu turut kesal dengan mendakwa pelaku berusia 12 tahun tidak dikenakan tindakan sewajarnya kerana masih di bawah umur. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *