Pengetua, PK HEM, Warden ditempatkan sementara di JPN Sabah hingga siasatan selesai

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengarahkan Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah berkuatkuasa serta merta.

Menurut kenyataan dikeluarkan, arahan itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu sekolah itu, Zara Qairina Mahathir, selesai.

Kata kenyataan itu, keputusan itu juga dibuat berikutan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes berkenaan.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilakukan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terbabit,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *