JPJ terus buru pemilik kenderaan ingkar perbaharui cukai jalan, insurans

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Luxury secara besar-besaran di seluruh negara bagi mengesan pemilik kenderaan mewah yang masih ingkar memperbaharui cukai jalan dan insurans.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata operasi bersepadu itu menyasarkan pemilik yang terus berdegil walaupun diberi peringatan.

“Ketika ini operasi masih berjalan dan JPJ akan mengadakan Ops Luxury berskala besar dalam masa terdekat di seluruh negara.

“JPJ sudah mengenal pasti pemilik dan lokasi kenderaan mewah yang dikesan tidak mempunyai cukai jalan serta perlindungan insurans sah,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, semua pemilik dinasihatkan memperbaharui cukai jalan masing-masing dengan segera bagi mengelak tindakan sitaan.

“JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk pemilik kenderaan mewah, yang dengan sengaja melanggar peraturan jalan raya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan JPJ mempunyai senarai lebih 1,000 kenderaan mewah di seluruh negara yang dikesan tidak memperbaharui cukai jalan dalam tempoh lama.

Sebanyak 53 kenderaan bernilai jutaan ringgit setiap satu turut disita menerusi Ops Luxury yang dijalankan selama tiga hari di sekitar Lembah Klang bermula Rabu lalu. – Berita Harian

Telegram:https://t.me/nasionaldaily

Facebook:https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok:https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan:admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *