SUHAKAM alu-alukan Pelantikan Farah Nini Sebagai Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik pelantikan semula Dr Farah Nini Dusuki sebagai Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi tempoh tiga tahun sehingga 8 Mac 2026.

Dalam satu kenyataan hari ini, SUHAKAM turut mengalu-alukan pelantikan tiga Pesuruhjaya baharu, iaitu Dr Mohd Al Adib Samuri, Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah dan Melissa Mohd Akhir, berkuat kuasa 28 Jun lalu.

Mohd Al Adib dan Zufar Yadi turut dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak manakala Melissa sebagai anggota suruhanjaya yang bertanggungjawab terhadap portfolio kanak-kanak di Semenanjung Malaysia secara pentadbiran.

Pelantikan tersebut dibuat selaras dengan subseksyen 5(2) dan 6A Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597], serta telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut SUHAKAM, pelantikan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh perlindungan serta pemajuan hak kanak-kanak di negara ini.

“SUHAKAM yakin pengalaman, kepakaran dan iltizam pesuruhjaya baharu akan memperkukuh usaha kami melindungi hak serta kebajikan semua kanak-kanak, termasuk yang tidak berdokumen dan yang berkonflik dengan undang-undang,” katanya.

Farah Nini, yang dilantik ke portfolio itu dalam SUHAKAM pada Mac tahun lalu, adalah ahli akademik kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, dan memiliki lebih 32 tahun pengalaman dalam bidang hak kanak-kanak serta hak asasi manusia.

Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Undang-Undang Kanak-Kanak dari Universiti Cardiff dan berpengalaman luas bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), khususnya dalam reformasi undang-undang, mekanisme aduan dan advokasi awam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, Mohd Al Adib merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang banyak menjalankan penyelidikan berkaitan hak kanak-kanak dalam kerangka perundangan Islam, termasuk isu perkahwinan kanak-kanak dan pelarian, dengan kerjasama UNICEF serta pelbagai kementerian.

Zufar Yadi pula memiliki hampir empat dekad pengalaman dalam bidang pembangunan sosial dan aktif dalam inisiatif sukarelawan berfokuskan kanak-kanak di Sarawak.

Melissa,, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan terbabit dalam penggubalan undang-undang perlindungan kanak-kanak, kini memberi tumpuan kepada akses kepada keadilan serta advokasi di peringkat nasional dan serantau.

Menurut SUHAKAM, pihaknya komited untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam membina negara yang lebih inklusif dan berpusatkan kanak-kanak, sejajar dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001.

“SUHAKAM berharap pelantikan ini dapat memperkukuh tindak balas institusi terhadap isu hak kanak-kanak, termasuk dalam memastikan akses pendidikan berkualiti, perlindungan menyeluruh serta sistem keadilan juvana yang adil dan berbentuk pemulihan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Telegram:https://t.me/nasionaldaily

Facebook:https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok:https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan:admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *