RMK13: Kerajaan pertimbang pembayaran pencen secara bulanan daripada KWSP

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneroka satu mekanisme lebih baik bagi menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara, memandangkan simpanan persaraan yang mencukupi adalah penting bagi menjamin kebajikan pekerja pada usia tua.

Dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK) yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi, mekanisme ini akan membolehkan pengasingan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada dua komponen, iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.

“Melalui usaha ini, golongan pekerja akan dapat mengeluarkan sebahagian daripada simpanan, di samping menerima pencen bulanan pada umur persaraan,” katanya.

Menurut laporan itu, perlindungan sosial untuk semua golongan pekerja akan diperkukuh bagi memastikan perlindungan yang lebih menyeluruh, termasuk ke atas risiko kehilangan pekerjaan dan kemalangan.

Ia berkata, perundangan khusus untuk pekerja gig akan digubal bagi menjamin kebajikan pekerja gig, termasuk hak untuk bekerja dalam suasana yang selamat, sihat dan kondusif.

“Perlindungan daripada bencana pekerjaan pula akan ditambah baik untuk meliputi kemalangan di luar waktu bekerja dan bukan berkaitan kerja.

“Perkhidmatan rehabilitasi dan pemulihan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga akan diperluas bagi membolehkan pekerja yang ditimpa kemalangan menerima rawatan yang diperlukan dan kembali bekerja,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *