RMK 13 perkasa masa hadapan nelayan dan Ekonomi Biru

Kuala Lumpur – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyokong penuh usaha memperkasa masa hadapan nelayan dan Ekonomi Biru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pengumuman itu adalah satu suntikan strategik untuk sektor perikanan negara.

Beliau berkata, langkah itu bertepatan dengan keperluan semasa dalam menjamin keterjaminan makanan dan memperkukuh sumber pendapatan komuniti nelayan.

“Fokus kerajaan untuk meningkatkan kadar sara diri hasil perikanan kepada 98% menjelang 2030 berbanding 90.7% pada 2023 adalah amat dihargai.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ini adalah satu daripada 11 sasaran RMK13 bagai mencapai keterjaminan makanan pada penghujung dekad ini, dan sudah pastinya para nelayan serta pemain industri perikanan adalah penerima manfaat yang utama,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, LKIM turut menyambut baik pengumuman Kerajaan mengenai pewujudan hab perikanan bersepadu yang dilengkapi dengan pelabuhan dan fasiliti logistik yang menyokong aktiviti di sepanjang rantaian nilai.

Katanya, ia akan meningkatkan lagi kapasiti tangkapan dan sumbangan kepada industri perikanan negara.

“Pembinaan dan naik taraf limbungan vesel nelayan bersepadu yang merangkumi fasiliti pembinaan serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih akan digalakkan di hab ini melalui penyediaan insentif dan sokongan bagi meningkatkan kapasiti dan sumbangan industri perikanan negara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Selain itu, industri akuakultur akan diperkasakan menerusi pembangunan baka dan benih berkualiti, penerimagunaan inovasi dan teknologi termaju serta peningkatan peluang pelaburan bagi mengeluarkan hasil bernilai tinggi,” katanya.

Muhammad Faiz berkata lagi, LKIM juga menyokong penuh komitmen Kerajaan untuk memperketat penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 untuk membendung aktiviti perikanan secara haram dan berlebihan, terutama di kawasan Laut China Selatan dalam usaha meningkatkan pendaratan ikan tempatan.

“Saya percaya bahawa pelaksanaan RMK13 ini bukan sahaja akan memacu reformasi sektor perikanan, tetapi juga menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama Ekonomi Biru berdaya saing dan mampan di Asia Tenggara.

“Bagi pihak LKIM, tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri dan seluruh jentera kerajaan yang telah merangka RMK13 dengan teliti, menyeluruh dan penuh wawasan. Inilah contoh terbaik bagaimana dasar pembangunan negara dapat dilaksana dengan jiwa rakyat dan pandangan masa hadapan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *