Pekerja gas menemui mumia berusia 1,000 tahun di Peru

LIMA: Sekumpulan pekerja secara tidak sengaja menemui mumia berusia lebih 1,000 tahun semasa memasang paip gas di ibu negara Peru, Lima.

Ahli arkeologi, Jesus Bahamonde berkata, mumia itu ditemui minggu lalu di sebuah kubur di bawah jalan di utara Lima.

Mumia ditutup dengan kain itu ditemui dalam keadaan duduk, dengan membengkokkan tangan dan kakinya.

Tembikar juga ditemui di dalam makam yang percayai berusia seawal tamadun pra-Inca Chancay yang menetap di wilayah Lima antara abad ke-11 dan ke-15.

Makam berkenaan dipercayai sebahagian daripada tanah perkuburan kuno yang lebih besar.

Lima, sebuah bandar dengan lebih 10 juta penduduk, mempunyai lebih daripada 500 tapak arkeologi.

Syarikat gas Calidda sahaja telah melaporkan lebih daripada 2,200 penemuan arkeologi sejak 2004. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *