KPM gantung 4 pelajar, 14 diberi amaran kerana bergaduh

PETALING JAYA – Empat pelajar digantung persekolahan dan 14 lagi diberi surat amaran kerana terbabit dalam satu pergaduhan di sekolah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang melawat sekolah itu pagi ini bagi mendapatkan maklumat penuh kejadian, lapor Berita Harian.

Katanya, tindakan itu diambil bagi memastikan ekosistem selamat dan kesejahteraan warga sekolah secara keseluruhan.

“Kita tidak berkompromi dengan isu yang boleh menjejaskan keselamatan institusi pendidikan, susulan insiden pergaduhan di sebuah sekolah yang tular di laman sosial.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tindakan tegas diambil selaras dengan prosedur disiplin yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Beliau berkata, murid yang digantung persekolahan akan mengikuti program khidmat masyarakat kelolaan pejabat pendidikan daerah.

“Sesi kaunseling turut dilaksanakan sebagai intervensi untuk membimbing murid mengubah tingkah laku mereka menerusi penerapan nilai-nilai murni,” katanya.

Kejadian tersebut menjadi perhatian selepas seorang pempengaruh media sosial memuat naik video sekumpulan pelajar lelaki bergaduh, dipercayai berlaku di dalam tandas sekolah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *