Himpunan ‘Turun Anwar’: 2 lelaki bawa, sebat patung mirip PM ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki hari ini berhubung insiden peserta Himpunan Pembangkang yang membawa patung mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyebat patung itu ketika berhimpun kelmarin.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata insiden itu turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial oleh pihak-pihak tertentu.

“Dua siri tangkapan dibuat ke atas dua lelaki warga tempatan berusia 21 tahun dan 47 tahun.

“Selain itu, peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden terbabit turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, permohonan reman ke atas kedua-dua suspek berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Katanya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakannya sebagai alat berkecenderungan menghasut sehingga boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *