25 cabutan bertuah sempena program bubur asyura

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Sebanyak 25 cabutan bertuah telah diadakan di Masjid Mukim Gual To’ Deh, sempena memasak empat kawah bubur asyura, dekat sini, kelmarin.

Daripada jumlah tersebut, 20 daripadanya berbentuk hamper dan selebihnya pelbagai barangan elektrik.

Menurut Imam Tua, Aiman Shaari, program memasak bubur asyura diadakan setiap tahun dalam bulan Muharam, namun tahun ini dimasukkan acara cabutan bertuah berserta jamuan aiskrim kepada penduduk kampung.

Katanya lagi, inilah salah satu inisiatif diambil bagi menggalakkan anak mukim terutama belia mendekati masjid.

“Alhamdulillah, sambutan hari ini sangat menggalakkan dengan adanya cabutan bertuah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Sementara menunggu bubur asyura masak, sebahagian masyarakat kampung sempat solat Zohor berjemaah,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya lagi, program memasak empat kawah bubur asyura bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, sekali gus mengeratkan silaturahim sesama penduduk kampung.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Imam Muda, Ahli Jawatankuasa dan anak mukim atas kerjasama menjayakan program ini,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *