KUALA LUMPUR – Malaysia memulakan kempen kelayakan Kumpulan H Piala Asia Wanita dengan kemenangan 1-0 ke atas Palestin di Stadium Republican Central, Dushanbe, Tajikistan sebentar tadi.
Jaringan Malayan Tigress kendalian Joel Cornelli hadir pada minit ke-86 menerusi gandingan pemain gantian, Farahiyah Ridzuan yang menyempurnakan umpanan Nur Adrienna.
Di babak pertama, aksi cemerlang penjaga gol negara, Nurul Azurin Mazlan memastikan gawang Malaysia terselamat daripada sepakan penalti Dima Alrumhi.
Nurul Azurin sekali lagi bertindak cemerlang apabila menafikan percubaan satu lawan satu oleh Nour Youssef pada minit ke-78.
Kumpulan H turut dibarisi Korea Utara dan tuan rumah, Tajikistan.
Malaysia akan menentang Tajikistan pada awal pagi Khamis ini dan Korea Utara pada Sabtu, 5 Julai.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
