PM Anwar Pulang Ke Permatang Pauh Bagi Program Singkat Sempena Aidiladha

GEORGE TOWN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini pulang ke kampung halaman beliau di Permatang Pauh, Pulau Pinang bagi lawatan kerja singkat sehari sempena program sambutan Aidiladha.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menghadiri majlis penyerahan lembu korban kepada masyarakat Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, dekat sini pada 2 petang.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudiannya meneruskan program dengan pulang ke kampungnya bagi menghadiri majlis penyerahan lembu korban kepada masyarakat DUN Permatang Pasir di Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang di Permatang Pauh.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan kerja singkat seharinya dengan menghadiri majlis penyerahan lembu korban kepada masyarakat DUN Penanti di Padang Mengkuang Titi, Kubang Semang pada 3.45 petang sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok, 27 Mei bersamaan 10 Zulhijah 1447 Hijrah. – BERNAMA

Telegram 

Facebook 

TikTok

Whatsapp 

Iklanadmin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *