Warga emas maut dalam kebakaran rumah dua tingkat

IPOH – Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 9.19 malam.

Menurutnya, siasatan awal polis bersama Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan kejadian itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang didiami enam ahli keluarga.

“Mangsa seorang lelaki Melayu berumur 83 tahun berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.

“Mangsa kedua, seorang wanita Melayu berumur 84 tahun telah meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.

Beliau berkata, empat ahli keluarga yang lain, berumur antara 18 dan 49 tahun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Abang Zainal Abidin, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *