Jabatan Peguam Negara rayu keputusan bebas Yusoff Rawther

PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Yusoff Rawther daripada pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol palsu.

“Selepas mempertimbangkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jabatan ini telah memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelesapan dan pembebasan tersebut hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Yusof dituduh bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.

Pada 12 Jun lalu, Hakim Jamil Hussin membebaskan Yusoff tanpa dipanggil membela diri, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan, kerana ia tidak membuktikan semua elemen kesalahan dengan bukti yang boleh dipercayai.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, pihak pendakwaan gagal membuktikan bekas pembantu penyelidik itu mempunyai pengetahuan, penjagaan dan kawalan ke atas dadah dan pistol tiruan.

Yusoff didakwa mengedar ganja seberat 305g yang ditemui dalam kenderaan ketika ia diletakkan di hadapan surau polis Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept 2024.

Dadah itu didakwa dibungkus dalam beg plastik hitam.

Dia juga didakwa memiliki pistol tiruan itu di luar Kondominium Senada di Jalan Bukit Kiara pada 9.25 pagi hari sama.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *