Penunggang basikal maut digilis treler selepas terlanggar lubang

KULAI – Seorang penunggang basikal maut dalam keadaan menyayat hati apabila digilis treler selepas terjatuh akibat melanggar lubang di Jalan Gunung Pulai, di sini, pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 42 tahun yang merupakan warga Singapura disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa berbasikal bersama tiga lagi rakannya. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa terlanggar lubang lalu terjatuh ke atas jalan.

“Pemandu treler, lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan ke Singapura untuk menghantar muatan batu, tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed di talian 013-306 3710 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai,” katanya.

Sebelum itu, tular sebuah video memaparkan insiden tersebut yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai berhubung tahap keselamatan penunggang basikal di jalan raya, khususnya di kawasan rekreasi seperti Gunung Pulai.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *