Oleh: Abd. Ghaffar Daud
RANTAU PANJANG – Warga Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP) meraikan Majlis Lestari Ingatan Sejuta Kasih sempena perpisahan seorang Pembantu Tadbir (PT) dan dua guru yang berpindah ke sekolah baharu atas kenaikan pangkat serta beralih pentadbiran dari bawah pentabiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada pentadbiran Kementerian Pelajaran di sini, semalam.
Nazirah Md. Yusoff, selaku PT di sekolah itu berpindah ke Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (MTSTM) selepas hampir 26 tahun berkhidmat di MMRP.
Menurut beliau, atas kenaikan pangkat sebagai ketua kerani di MTSTM, beliau terpaksa akur arahan pentadbiran YIK walaupun jarak dari rumah hampir 33 kilometer berbanding sebelum ini kira-kira 10 kilometer.
“Saya reda, walaupun terpaksa turun dari rumah seawal pagi, kerana sebelum inipun banyak dugaan dan cabaran yang saya lalui sepanjang kerjaya saya sebagai PT, mungkin ada hikmah di sebaliknya,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Katanya lagi, selama hampir 31 tahun berkhidmat di bawah pentadbiran YIK sebagai PT, beliau sempat berkhidmat di Maahad Saniah Pasir Puteh selama hampir dua tahun, masing-masing di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Banggol Kulim, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Lelaki dan di Kompleks Pentadbiran YIK selama hampir satu tahun.
Sementara guru, Mizana Muhamad, yang sempat berkhidmat bawah pentadbiran YIK selama hampir tiga tahun di MMRP akan berpindah ke sekolah baharu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Gadung, Klang, manakala Nur Aziera Noor Zalan yang sempat berkhidmat hampir setahun di sini akan berpindah ke SMK Seksyen 10, Kota Damansara Petaling Jaya, masing-masing melapor diri pada Isnin ini, bawah pentadbiran KPM. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001