KUALA LUMPUR – JBL Flip 7 salah satu model terbaharu keluaran JBL yang dipertontonkan kepada umum hujung bulan lalu, menampilkan ketahanan tinggi, penalaan bunyi yang lebih pintar dan mudah alih yang lebih baik menjadikan ia teman yang ideal untuk pengembaraan dalaman dan luaran.
Reka bentuk silindernya sebahagian besarnya tidak berubah, Flip 7 memperkenalkan peningkatan yang halus lagi bermakna seperti bumper penutup hujung yang lebih tebal memberikan perlindungan jatuh yang lebih baik, tali carabiner dengan sistem PushLock boleh dimasukkan menawarkan pilihan pembawa yang selamat dan fleksibel.

Bertaraf IP68, Flip 7 adalah kalis habuk dan kalis air sepenuhnya, mampu bertahan daripada tenggelam dalam air sehingga satu meter selama 30 minit. Semasa ujian dilakukan Flip 7 memainkan lagu “One More Time” Daft Punk—ia mencecah lantai simen dan terus berjalan, tidak rosak dan tidak terganggu.
Manakala hayat bateri dipertingkatkan untuk tahan lebih lama dan senang dibawa ke mana-mana di mana berat hanya 0.56 kg dan mudah dimuatkan ke dalam beg, beg galas atau beg pakaian.
Walaupun bersaiz kecil ia mampu bertahan sehingga 14 jam masa bermain (standard), 16 jam dengan Playtime Boost dan caj penuh semula kira-kira 2.5 jam.

Berbekalkan JBL Pro Sound dan AI Sound Boost, Flip 7 pintar menganalisis audio dalam masa nyata untuk meminimumkan herotan dan memaksimumkan kejelasan merentas semua genre. Sama ada anda berada di dalam rumah atau berkelah, ia beraksi dengan bunyi yang kaya dan berlapis.
Apl JBL Portable menambah penyesuaian lanjut melalui penyamaan 7 jalur, pratetap bunyi dan kawalan berbilang pembesar suara melalui platform Auracast—JBL untuk menyegerakkan berbilang pembesar suara.

Spesifikasi Utama
- Dimensi: 182.5 x 69.5 x 71.5 mm
- Berat: 0.56 kg
- Versi Bluetooth: 5.4
- Transduser: tweeter 16mm, woofer 45 x 80mm
- Kuasa Output: 35W
- Hayat Bateri: Sehingga 16 jam
- Kalis Air/ Kalis Habuk/ Kalis titis: Ya (IP68)
- Pilihan Warna: hitam, biru, putih, merah, skuad, merah jambu, ungu dan hitam funky.
JBL Flip 7 boleh didapati mulai hari ini di www.jblonlinestore.com.my pada harga RM799.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001