TANGKAK – Seorang isteri maut selepas dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, di sini pada Isnin.
Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu turut dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar, kira-kira 40 kilometer dari kediamannya.
Tindakan suspek itu hanya sempat membakar beberapa kenderaan yang berada di bahagian luar rumah, sebelum diberkas polis di kediamannya di Bukit Gambir pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Suspek lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan permohonan reman pada pagi Rabu.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001