Na’imah akan cabar perintah beku RM758 juta aset di London

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid akan mencabar perintah Mahkamah Tinggi di sini yang memerintahkan aset miliknya dan keluarganya di London bernilai 132 juta pound (RM758.2 juta) yang dibekukan.

Na’imah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga tidak pernah dimaklumkan mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut.

Susulan itu, katanya, tindakan SPRM membuat permohonan secara sebelah pihak atau ex-parte merupakan satu pencabulan mengejut terhadap norma undang-undang yang paling asas.

“Saya akan melawan tindakan yang bermotifkan politik, melulu, pendendam dan melanggar undang-undang ini melalui semua saluran undang-undang yang ada pada saya,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikongsi oleh peguamnya, Rajesh Nagarajan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada Rabu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memerintahkan aset luar negara itu dibekukan.

Tujuh aset yang dibekukan – semuanya terletak di London – merangkumi dua bangunan komersial, lima kediaman mewah dan satu akaun bank. Akaun bank tersebut didaftarkan atas nama Yayasan Ilham.

Satu daripada bangunan komersial itu terletak di St Mary Axe, London dan dibeli pada Julai 2013 pada harga 23.7 juta pound (RM136.2 juta), manakala satu lagi terletak di One Crown Court, Cheapside, London yang dibeli pada Oktober 2014 dengan harga 31.5 juta pound (RM181 juta).

Hartanah lain yang turut dibekukan ialah tiga kediaman mewah – dua daripadanya beralamat di Bryanston Square dan Bryanston Mews, dibeli pada 8 Januari 2021 dengan harga 37.8 juta pound (RM217.3 juta), serta satu lagi di Lancaster Gate, London yang dibeli pada tarikh sama dengan harga 31.2 juta pound (RM179.4 juta).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Turut dibekukan ialah dua kediaman di Gloucester Place yang dibeli pada 8 Januari 2021 pada harga 8.1 juta pound (RM46.5 juta).

Perintah mahkamah tersebut kini akan dihantar kepada pihak berkuasa United Kingdom untuk pelaksanaan pembekuan aset berkenaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *