KUALA LUMPUR – Laporan siasatan teknikal berhubung insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya dijangka siap pada 26 Jun ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil siasatan teknikal itu akan digabungkan bersama siasatan jenayah bagi memastikan laporan lengkap yang menyeluruh sebelum ia dibentangkan secara umum.
Jelas beliau, laporan siasatan jenayah tidak boleh dikeluarkan ketika ini kerana ia perlu dicantumkan bersama siasatan teknikal berikutan masih ada ruang yang akan dikenalpasti hasil daripada siasatan jenayah.
“Ini termasuk mengenalpasti keutuhan paip, pergerakan tanah, adakah aktiviti di luar itu memberi tekanan itu semua skop siasatan di bawah teknikal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” katanya memetik laporan sebuah portal berita tempatan hari ini.
Insiden letupan saluran pap gas pada 1 April 2025 itu mengakibatkan 305 mangsa terkesan dan 81 kediaman musnah dengan 40 peratus mengalami kemusnahan struktural.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001