Cuaca panas dijangka berterusan hingga September

KUALA LUMPUR – Cuaca panas yang melanda negara ketika ini bukan fenomena luar biasa sebaliknya keadaan yang biasa berlaku saban tahun ketika tempoh Monsun Barat Daya (MBD).

MBD yang bermula 10 Mei lalu dijangka berterusan sehingga pertengahan September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata dalam tempoh itu, keadaan cuaca di negara lazimnya lebih kering susulan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil.

“Malaysia sedang berada dalam fasa MBD yang secara semula jadi membawa cuaca lebih kering, litupan awan yang kurang dan taburan hujan yang rendah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Keadaan ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari sampai ke permukaan bumi, sekali gus meningkatkan suhu harian.

“Justeru, negara akan menerima jumlah hujan yang sedikit berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak,” katanya kepada BH.

Bagaimanapun katanya, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di beberapa tempat dari semasa ke semasa.

Antara kawasan terbabit termasuk kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah pada awal pagi, serta kawasan pedalaman dan timur Semenanjung, barat dan pedalaman Sarawak serta pedalaman Sabah pada petang dan awal malam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Selain itu, Hisham berkata, ramalan cuaca negara sehingga 4 Jun dijangka akan kekal kurang hujan dan panas di kebanyakan tempat.

“Kawasan penumpuan angin yang membawa hujan lebat lebih tertumpu di negara jiran iaitu di Thailand dan Myanmar.

“Setakat ini, suhu maksimum harian untuk bulan mei berada pada bacaan 33-36 darjah celsius dan diramal akan kekal untuk seminggu ke hadapan berikutan keadaan cuaca yang dijangka tiada hujan di kebanyakan tempat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk minum banyak air dan mengehadkan aktiviti luar.

“Pembakaran terbuka perlu dielakkan memandangkan ia boleh menyebabkan jerebu dan pencemaran alam sekitar,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia atau hubungi talian Hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *