Kes keropok beracun: Siasatan polis berlandaskan undang-undang

Penggodam asing godam WhatsApp Menteri Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Penggodam WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) luar negara.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, berkata penggodam menggodam masuk akaun WhatsApp sebelum menghantar pautan URL kepada kenalan di aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan lokasi keberadaan penggodam terbabit.

“Polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kerugian akibat pencerobohan itu.

“Tindakan pantas oleh pegawai-pegawai menteri yang melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terpedaya,” katanya.

Isnin lalu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan memaklumkan perkara serius ini sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *