KOTA BHARU – Polis Kelantan giat mengenal pasti semua suspek dalam insiden pergaduhan di Jalan Kebun Sultan di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, kes itu dikesan selepas video pergaduhan sekumpulan lelaki dimuat naik di laman sosial Facebook pada jam 1.40 tengah hari semalam.
“Satu laporan polis telah dibuat berkait kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 23 Mei lalu jam 4.27 pagi di kawasan Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.
“Video berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki turun dari dua motokar dan telah memukul beberapa orang yang berada di tempat kejadian,” menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001