2 maut, seorang parah dua motosikal bertembung

SEKINCHAN – Dua maut termasuk seorang warga asing, manakala seorang parah selepas dua motosikal bertembung dalam nahas di Jalan Tali Air 5, di sini malam tadi.

Dua yang maut dalam kejadian jam 8.35 malam itu disahkan penunggang kedua-dua motosikal membabitkan lelaki tempatan, 42, dan lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an.

Mangsa yang adalah wanita warga asing berusia 35 tahun yang juga pembonceng salah sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati satu daripada motosikal datang dari arah pekan Sekinchan sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat, manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan,” katanya dipetik Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *