Pemandu lori terlibat nahas trak FRU ditahan semula, terbabit siasatan kes berbeza

TELUK INTAN – Pemandu lori muatan batu yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, ditahan semula sebaik sahaja membayar wang jaminan pada Isnin.

Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan semula ketika berada di pejabat kaunter pembayaran jamin Mahkamah Teluk Intan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk.

Dia ditahan kira-kira 20 minit selepas diikat jamin pada pukul 12 tengah hari.

Proses membayar ikat jamin berjumlah RM6,000 itu dilakukan majikan lelaki itu dan rakan sekampungnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Masing-masing dikatakan membayar jaminan berjumlah RM4,000 dan RM2,000.

Penahanan semula lelaki terbabit bagi membantu siasatan satu kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Supt Mohammad Ali Mohd Jali ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *