Tunggakan gaji: Pasukan terlibat akan disekat sertai MPFL – Rosmadi

KOTA BHARU – Mana-mana pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji pemain akan disekat daripada menyertai saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata pihaknya memandang serius isu tunggakan gaji yang turut dihadapi pasukan MPFL, sama seperti Liga Malaysia (Liga-M).

“Peratusan pasukan di MPFL yang terlibat dengan isu tunggakan gaji bagaimanapun tidaklah besar dan FAM akan terus mendapatkan maklumat berkaitan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Futsal Kelantan (Kelantan FT), di sini pada Sabtu.

Rosmadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Malaysia berkata FAM akan memberi penekanan terhadap isu ini dengan difahamkan sudah terdapat pasukan yang sedang berusaha menyelesaikan tunggakan gaji pemain.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kelab perlu berbelanja mengikut kemampuan dan harus mengutamakan pemain yang bersesuaian dengan keupayaan kewangan masing-masing ,” katanya. -BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *