RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut direkod setakat April – Akauntan Negara

BATU PAHAT – Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat bulan lepas walaupun pelbagai kempen dan promosi telah dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Akauntan Negara Nor Yati Ahmad berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Beliau berkata ia mungkin disebabkan individu atau waris tidak menyangka mereka mempunyai rekod WTD selain ada yang tidak pernah membuat semakan dengan JANM.

“Mereka sebenarnya boleh membuat semakan atau mengemukakan permohonan tuntutan melalui portal rasmi atau aplikasi eGumis serta hadir ke cawangan JANM di setiap negeri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kami akan terus melakukan promosi dan aktiviti turun padang menghebahkan kewujudan WTD kerana ia hanya boleh dikeluarkan oleh pemilik atau waris sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Santuni MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Minyak Beku, di sini semalam.

Sementara itu, mengenai program KAM, beliau berkata pelbagai aktiviti menyantuni penduduk kampung dan projek pembangunan membabitkan penambahbaikan infrastruktur dijalankan.

Nor Yati berkata selain WTD, turut disediakan khidmat pembukaan akaun simpanan kanak-kanak dengan kerjasama Bank Rakyat melibatkan inisiatif RM20 setiap akaun, selain beberapa aktiviti bersama masyarakat turut diadakan.

“Antara yang berlangsung di bawah projek pembangunan fizikal adalah menaik taraf saluran air paip, membaik pulih balai Islam, membina pagar tanah perkuburan, menambah prasarana kemudahan pengurusan jenazah dan penyerahan sebuah van jenazah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Tujuan KAM diadakan untuk merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan melengkapkan kemudahan asas, kemudahan kemasyarakatan dan tidak ketinggalan kepada capaian Internet,” katanya.

Beliau berkata KAM di Johor merupakan yang kedua setelah JANM berjaya melaksanakannya di Kampung Lubuk Antu, Sarawak tahun lepas dan program ini dijangka berterusan selepas ini. -BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *