Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar gajah melintas

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki melanggar seekor gajah di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman berkata, dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, pasangan suami isteri berumur 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

“Secara tiba-tiba, empat ekor gajah melintas jalan di lokasi berkenaan, menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh seekor daripada haiwan terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, kesemua gajah terlibat dipercayai telah masuk semula ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, dan satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa bagi tujuan dokumentasi dan rujukan insurans.

“Pihak berkuasa dinasihatkan agar meningkatkan pemantauan di kawasan itu memandangkan laluan berkenaan sering menjadi lokasi pergerakan haiwan liar, terutamanya pada waktu malam,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *