Rafizi akan pertahan jawatan Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan terus mempertahan jawatan disandangnya dalam pemilihan hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengalu-alukan pencalonan mana-mana pemimpin lain parti yang mahu merebut jawatan Timbalan Presiden.

“Saya menerima baik berita-berita bahawa Datuk Seri Saifuddin (Nasution Ismail) dan Nurul Izzah Anwar menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Dari awal lagi, saya menyatakan bahawa bertanding itu adalah hak masing-masing dan wajar kita raikan dalam semangat demokrasi.

“Oleh itu, saya mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti,” katanya dipetik Berita Harian dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau menganggap pendiriannya mahu mempertahan jawatan disandangnya itu sebagai keputusan menang-menang.

“Ia keputusan yang menang-menang bagi saya. Apa pun pilihan yang diambil perwakilan parti, ia membuka ruang kepada saya menawarkan sumbangan menguatkan parti menghadapi PRU16.

“Jika saya dipilih, saya boleh terus memainkan peranan dalam kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden dan dalam kerajaan melalui saluran kerajaan.

“Jika saya tidak dipilih, saya boleh kembali sebagai seorang pemimpin akar umbi yang lincah berkempen di bawah,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden serta jawatan peringkat pusat lain akan mula dibuka esok hingga Jumaat ini, secara dalam talian.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, anggota partinya perlu menerima hakikat bahawa beberapa kontroversi yang timbul akibat pemilihan kali ini sedang diperhatikan rakyat.

“Sebab itu, saya berpendapat apa pun isu berbangkit, baik mengenai sistem, aduan, atau perkara-perkara lain, perlu ditangani secara berhemah kerana tingkah laku kita sepanjang proses ini dinilai rakyat.

Saya juga bersyukur kerana pengalaman 26 tahun dalam parti ini mendidik saya bahawa sesuatu jawatan itu adalah amanah yang berat, apatah lagi jawatan sebagai menteri. Maka, keputusan-keputusan kita mestilah dipandu oleh kebertanggungjawaban, bukannya berkait dengan pangkat dan kedudukan,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

14. SEMASA

Polis tahan suami wanita maut tercampak dari van

KUALA LUMPUR – Polis menahan suami kepada wanita yang maut dipercayai tercampak dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada jam 6 petang semalam di sekitar Bandar Kinrara.

“Berdasarkan pengakuan awal dan hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut dengan isterinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Pada masa ini pihak polis masih dalam proses mendapatkan perintah tahanan reman suspek.

“Sudah semestinya fokus siasatan adalah kepada punca kejadian sama ada suspek menolak isterinya atau mangsa terjun sendiri,” katanya kepada BH, hari ini.

Aidil berkata, suspek dan mangsa telah berkahwin sejak 20 tahun lalu dan mempunyai dua anak.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

“Dia mendakwa isterinya turut terbabit penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.35 petang semalam, polis menerima maklumat daripada lelaki yang melihat wanita tercampak dari sebuah van, sebelum kenderaan itu terus meninggalkan lokasi di Lebuh raya KESAS.

Siasatan di tempat kejadian mengesahkan wanita berusia 44 tahun itu meninggal dunia dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian secara tidak sengaja.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *