Pakistan tembak jatuh 5 pesawat India

MUZAFFARABAD – Pakistan bertindak balas dengan menembak jatuh lima pesawat tentera India selepas serangan India ke atas Pakistan menyebabkan lapan terbunuh.

Pakistan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tindakan perang terang-terangan’, pertempuran terburuk dalam tempoh lebih dua dekad antara dua negara bersenjata nuklear itu.

Dalam pertikaian wilayah hampir 80 tahun berhubung Kashmir, serangan India itu menyusuli serangan militan Islam bulan lalu yang meragut nyawa 26 pelancong Hindu di Kashmir yang ditadbir India.

India menuduh militan berpangkalan di Pakistan bertanggungjawab, namun Islamabad menafikan terbabit.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menamakan kempen itu sebagai ‘Operasi Sindoor’, India berkata, pihaknya menyerang sembilan lokasi di Pakistan yang didakwa sebagai ‘infrastruktur pengganas’ tempat perancangan serangan ke atas India dijalankan.

Islamabad pula memaklumkan enam lokasi dalam wilayahnya menjadi sasaran.

Menurut sumber pertahanan India kepada Reuters, pasukan India menyerang ibu pejabat kumpulan militan Islam Jaish-e-Mohammed dan Lashkar-e-Taiba.

“India telah menunjukkan kawalan yang tinggi dalam pemilihan sasaran dan kaedah pelaksanaan,” menurut kenyataan rasmi India.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pakistan berkata tiga lokasi diserang dengan peluru berpandu, dan jurucakap tentera kepada Reuters mendakwa pihaknya menembak jatuh lima pesawat India, satu dakwaan yang belum disahkan oleh India.

Tentera kedua-dua negara turut berbalas tembakan meriam dan senjata berat di sepanjang sempadan de facto di kawasan pergunungan Himalaya di Kashmir, menurut polis dan saksi kepada Reuters.

“Dalam tindakan perang yang terang-terangan dan tidak bersebab,” pesawat pejuang India kekal dalam ruang udara negara itu tetapi ‘melanggar kedaulatan Pakistan dengan menggunakan senjata jarak jauh yang menyasarkan penduduk awam’, menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Jurucakap tentera Pakistan berkata serangan itu menyebabkan 35 orang cedera dan dua lagi hilang selain lapan kematian yang dilaporkan.

Saluran berita India, CNN News-18, memetik sumber rasmi sebagai berkata serangan India membunuh 12 ‘pengganas’ dan mencederakan sekurang-kurangnya 55 orang, namun Reuters tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut secara bebas.

Saluran TV India turut menyiarkan rakaman letupan, kebakaran dan kepulan asap besar di langit malam serta orang ramai melarikan diri di beberapa kawasan di Pakistan dan Kashmir yang dikuasai Pakistan.

Saksi dan seorang pegawai polis di dua lokasi sempadan Kashmir yang ditadbir India berkata mereka mendengar letupan kuat, bedilan meriam dan pesawat tentera di udara.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyeru kedua-dua negara menunjukkan kawalan maksimum dalam aspek ketenteraan, menurut jurucakapnya.

Wilayah Punjab yang padat penduduk di Pakistan mengisytiharkan darurat, dengan Ketua Menteri memaklumkan hospital serta perkhidmatan kecemasan kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Jurucakap tentera Pakistan memberitahu saluran Geo bahawa dua buah masjid turut terkena dalam serangan India. Menteri Pertahanan Pakistan pula menegaskan bahawa semua lokasi yang diserang adalah kawasan awam, bukannya kem militan.

Beliau menyifatkan dakwaan India bahawa ‘kem pengganas menjadi sasaran adalah palsu’.

Jurucakap Kedutaan India di Washington pula memberitahu Reuters bahawa bukti menunjukkan ‘pembabitan jelas militan berpangkalan di Pakistan dalam serangan pengganas itu’, merujuk kepada kes pembunuhan pelancong pada April lalu.

Beberapa syarikat penerbangan termasuk syarikat terbesar India, IndiGo, Air India dan Qatar Airways membatalkan penerbangan di kawasan India dan Pakistan susulan penutupan lapangan terbang dan ruang udara. – REUTERS

Di ISLAMADAB: Ketegangan antara India dan Pakistan semakin memuncak selepas serangan udara India mengorbankan lapan orang awam di beberapa lokasi di Pakistan.

Serangan yang berlaku pada awal pagi itu juga mencederakan lebih 30 individu, mencetuskan kecaman keras daripada pihak berkuasa Pakistan.

Menurut Inter-Services Public Relations (ISPR), serangan menyasarkan enam lokasi berbeza termasuk Ahmadpur East, Muzaffarabad, Kotli, Muridke, dan Sialkot.

Jurucakap ISPR, Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry, mengutuk tindakan India sebagai serangan tidak berprovokasi, menyatakan bahawa Pakistan akan memberikan tindak balas yang tegas terhadap pencerobohan ini.

Selain korban jiwa, beberapa masjid dan bangunan kediaman turut mengalami kerosakan teruk.

Di Muzaffarabad, Masjid Bilal menjadi sasaran, mengakibatkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak.

Masjid Abbas di Kotli serta sebuah lagi masjid di Muridke turut terkena serangan, menyebabkan kematian seorang awam.

Kerajaan Pakistan telah mengerahkan pasukan kecemasan dan unit tentera ke kawasan yang terjejas untuk membantu mangsa dan menilai kerosakan.

Pada masa yang sama, laporan tidak rasmi menyebut bahawa Pakistan telah bertindak balas dengan menembak jatuh beberapa jet pejuang India, meningkatkan ketegangan di sempadan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *