Lelaki ditemukan meninggal dunia di rumah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 52 tahun ditemui meninggal dunia di kediamannya di Bukit Beruntung petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.48 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di rumahnya. Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata beliau, pegawai perubatan yang hadir di lokasi telah mengesahkan kematian mangsa.

Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mayat berada dalam keadaan telah mereput (decomposed body),” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *