Remaja hampir lemas dihanyut kepala air ketika mandi sungai

REMBAU – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota di sini pada Jumaat.

Dikatakan mangsa bersama seorang rakan ke sana untuk mandi sebelum berlaku kejadian kepala air.

Rakannya sempat menyelamatkan diri ke tebing, sementara mangsa terperangkap di atas beting pasir di tengah sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Zaini Salleh berkata, bilik gerakan menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.10 petang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan peralatan tali dan pelampung untuk membawa mangsa keluar.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar sekitar jam 6.30 petang sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Operasi kemudian ditamatkan jam 6.50 petang,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *