Kebun durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA ditahan

KUANTAN – Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA) Wilson Chang ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub minggu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kedua-dua individu itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub petang ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, Chow yang juga Penasihat SAMKA dan Chang hadir ke IPD Raub pada jam 4 petang tadi untuk dirakam keterangan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran dan dijangka berlangsung hingga 3 Mei ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *