BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China selepas menumpaskan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pusingan suku akhir, pada Jumaat.

Juara dunia 2022 itu tidak berdepan masalah apabila memperoleh kemenangan straight set 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.

Pilihan keenam kejohanan itu dijadual bertemu wakil tuan rumah Liang Wei Keng-Wang Chang bagi memburu slot ke perlawanan akhir Ahad ini.

Terdahulu Wei Keng-Wang Chang mara selepas menundukkan gandingan Indonesia Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-19, 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Dalam pada itu hasrat pilihan pertama kejohanan dari Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan China Chen Bo Yang-Liu Yi.

Bagaimanapun, Bo Yang-Liu Yi tidak diberi laluan mudah oleh beregu utama negara itu apabila dipaksa bermain tiga set sebelum memenangi aksi itu 21-16, 18-21, 22-20 yang berlangsung lebih satu jam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *