Mesyuarat UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Persidangan perwakilan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara akan bermula hari ini sehingga 25 Mei.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tempoh persidangan bukan sekadar rutin organisasi tetapi medan untuk memperkukuh saf perjuangan, memperhalusi gerak kerja dan memperteguhkan muafakat demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

“Inilah waktunya untuk kita memperkemaskan gerak kerja, menyuarakan pandangan di peringkat akar umbi serta menyusun langkah untuk memperkukuh parti yang kita sayang ini.

“Selamat bersidang buat semua ahli-ahli akar umbi di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2025 dari 20 hingga 23 Ogos ini.

Sementara itu, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian akan berlangsung pada 9 Jun hingga 27 Julai ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *