3 hilang selepas helikopter perubatan terhempas di barat daya Jepun

TOKYO – Tiga individu masih belum ditemui pada Ahad selepas sebuah helikopter perkhidmatan perubatan kecemasan terhempas di laut di barat daya Jepun, lapor Xinhua.

Menurut penyiar awam NHK, pada kira-kira 2.50 petang waktu tempatan, pengawal pantai dimaklumkan bahawa helikopter yang membawa enam individu itu sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Tsushima di Wilayah Nagasaki bagi membawa seorang pesakit ke sebuah hospital di Wilayah Fukuoka, sebelum dilaporkan hilang di luar pantai timur Tsushima.

Pasukan penyelamat kemudiannya menemukan helikopter itu yang terbalik dan terapung di laut pada kira-kira 5.05 petang waktu tempatan, sebelum menyelamatkan tiga individu, menurut laporan itu.

Kementerian Pengangkutan Jepun memaklumkan bahawa dua daripada tiga individu yang diselamatkan berada dalam keadaan sedar. Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa masih diteruskan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Enam individu yang berada dalam helikopter itu terdiri daripada seorang juruterbang, mekanik, doktor dan jururawat serta seorang pesakit wanita berusia lingkungan 80-an dan seorang pengiring lelaki berusia lingkungan 60-an. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *