Mayat lelaki reput ditemukan dalam semak di Bukit Jelutong

SHAH ALAM – Polis mengesahkan penemuan satu mayat lelaki yang telah reput di kawasan semak berhampiran Jalan Persiaran Balairong U8, Bukit Jelutong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Sarudin Samah berkata, maklumat berkenaan diterima menerusi laporan orang awam pada jam 2.45 petang, sebelum pasukan polis ke lokasi kejadian menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati identiti si mati gagal dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersamanya di tempat kejadian.

“Pemeriksaan ke atas fizikal badan si mati juga tidak dapat dijalankan memandangkan keadaannya yang telah reput, dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu berdasarkan keadaan mayat,” katanya dalam kenyataan semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sarudin berkata, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam bagi proses bedah siasat yang dijadualkan pada jam 2 petang hari ini.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim menerusi talian 016-953 7372 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *